Kemuncak Karnival Wow! Putrajaya
Datang lah beramai-ramai.
BUAT julung kalinya, Perbadanan Putrajaya (PPJ) menganjurkan Konsert Karnival Wow! Putrajaya di Pentas utama, Tapak Pasar Tani, Presint 2, Putrajaya, jam 8 malam esok (Sabtu).
Konsert yang membariskan artis terkenal tanah air seperti M Nasir, Misha Omar, Aizat, Ella, Jamal Abdillah, Aishah dan Qhaud AF itu adalah detik kemuncak Karnival Wow! Putrajaya yang berlangsung selama dua hari itu. Karnival yang bertujuan menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara berkunjung ke kawasan Putrajaya yang terkenal dengan kemudahan bertaraf dunia dan keunikan reka bentuk serta keindahan landskap dan tasiknya. Pelbagai kalendar aktiviti dan program bakal dianjurkan sepanjang 2010 bermula dengan karnival itu seterusnya beberapa acara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ia juga sebahagian daripada usaha dan perancangan PPJ dalam pembangunan pelbagai kemudahan sukan, rekreasi, komersial dan pelancongan bagi menceriakan lagi suasana hidup di Putrajaya. - Harian Metro


0 comments:
Post a Comment