MdA's Blog

Hanya sekadar blog...

Pohon hijau itu berdiri kaku

Pohon hijau itu tidak kan kaku lagi
Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Pohon hijau itu kini kaku
Ia tak bergerak lagi
Ia pastikan layu
gugur di taman ini

Dan tiada apa pun yang mampu
Menyubur kembali
Pohon layu yang telah gugur itu

Begitulah diibaratkan
Dunia dengan kehidupan
Bermulanya di daratan
Kini menuju ke tengah lautan

Walau dicampak ke tengah lautan
Namun tetap ada pilihan
Tenggelam menyepi ibarat batu
Atau bercambah menjadi pulau

Hati-hati teman
Meniti salju kehidupan
Nan rapuh bisa cair dan runtuh
Bersama angin lalu kutitipkan harapan
Agar terus tabah hadapi cabaran

Good Year International Drift series at Putrajaya 12-13 June 2010

Gambar Pesta Belon Panas Putrajaya

Gambar yang sempat diambil di pesta belon panas putrajaya peringkat antarabangsa 2010






Karnival Evolusi KL Drift 2 @ Dataran Merdeka 20 Mac 2010





Jenis: Muzik/Seni - Persembahan
Waktu Mula: pada 20hb Mac 2010 pukul 2.00 ptg
Waktu Tamat: pada 21hb Mac 2010 pukul 11.55 pagi
Lokasi: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Keterangan
Tajaan: TOYO TIRES M'SIA
Anjuran: Burning Rubbers EM(TOYO TIRES), Persatuan Usahawan Wanita & DBKL
Sokongan: Feinto-D
Venue: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Tarikh: 20 Mac 2010
Masa: 2 p.m - lewat malam
Bayaran penonton: Percuma
Format Acara : Drift Show, Pemberian Cenderamata EKLD2 & Sesi Tandatangan Bersama Artis

Jadual :-

-Sabtu 20/3/2010

1400 - 1459 - Pameran kereta drift
- Pameran penaja filem Evolusi KL Drift 2
- Main semula trailer/pembikinan filem tersebut

1500 - 1529 - Pertunjukan drift dari Team Toyo Drift
- Main semula ‘trailer’ dan pembikinan filem tersebut

1530 - 1559 - Ketibaan jemputan dari Skop, Grand Briliance dan Artis
- Memainkan OST (lagu) rasmi Evolusi KL Drift 2
- Main semula trailer/pembikinan filem tersebut
- Pemberian Cenderamata EKLD2 dari Artis

1600 - 1659 - Pertunjukan drift dari Team Toyo Drift
- Main semula ‘trailer’ dan pembikinan filem tersebut
- Pemberian Cenderamata EKLD2 dari Artis

1700 - 1759 - Sesi tandatangan poster filem bersama Artis
- Pemberian Cenderamata EKLD2 dari Artis
- Main semula ‘trailer’ dan pembikinan filem tersebut

1800 – 1959 - Main semula ‘trailer’ dan pembikinan filem tersebut
- Ucapan dari Datuk Yusuf Haslam dan Pihak Grand Briliance
- Pemberian Cenderamata EKLD2 dari Artis
- Pertunjukan drift dari Team Toyo Drift

2000 - 2359 - Konsert

Informasi diambil daripda: http://www.sepaku.net/sepaku-automotive/21241-karnival-evolusi-kl-drift-2-@-dataran-merdeka-20-mac-2010-a.html

Putrajaya International Hot Air Balloon 2010 (18-21 March 2010)

Datanglah beramai-ramai ke pesta belon panas antarabangsa Putrajaya 2010.
Mempamirkan belon panas penyertaan daripada Poland, Belgium, Belanda, Perancis, New zealand, USA, Switzerland, Jepan, Thailand, Jerman dan Malaysia



Layari http://www.myballoonfiesta.com/itinerary.php untuk aturcara pesta dan maklumat lanjut.

Mengatasi masalah datang serentak

Hari ini ada sesuatu yang telah berlaku kepada aku. Tidak disangka hari yang disangka tenang rupanya adalah hari kelam kabut. Hari apa? Hari ini selasa 9 mac 2010. Aku ingat pada hari ini kerja aku sudah selesai tapi rupanya tidak, kenapa? sebab hendak ubah itu hendak ubah ini. Sakit leher pun ada barangkali tersalah tidur. Pagi-pagi perut terasa lapar duit pula lupa hendak dicucoh mesin automatik, masalah lagi. Berlapar la aku pada hari ini, Nanti petang pergi "cocoh".

Antara langkah-langkah mengatasi masalah datang serentak:

1. Jangan tangguh-tangguhkan kerja.
2. Jangan lengah-lengahkan masa.
3. Buat kerja yang difikirkan boleh diselesaikan dengar kadar segera dahulu.
4. Mengutamakan orang lain selain diri sendiri.
5. Tidak boros dalam berbelanja dan tidak pula terlalu kedekut.
6. Buat keputusan lahir dari diri sendiri dan dinilai daripada pandangan orang lain.
7. Perlu mengambil sarapan pagi.
8. Makan malam sebelum pukul 8 mlm.
9. Hidup jangan menipu dan perlu jujur.
10.Jangan tinggal solat.



Gambar hiasan : masjid besi putrajaya

Pesta Sukan Rakyat (Sukan Air) 2010

Datanglah beramai-ramai ke Pesta Sukan Rakyat (Sukan Air) 2010 putrajaya
masa - 6:15 PM – 7:15 PM, 6,7 March 2010. Jangan lupa bawa kamera untuk merakam kenanagn manis dan aksi-aksi yang tidak dapat dilupakan.

JOM!!!! kita kesana....

Followers