MdA's Blog

Hanya sekadar blog...

Pohon hijau itu berdiri kaku

Pohon hijau itu tidak kan kaku lagi
Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Pohon hijau itu kini kaku
Ia tak bergerak lagi
Ia pastikan layu
gugur di taman ini

Dan tiada apa pun yang mampu
Menyubur kembali
Pohon layu yang telah gugur itu

Begitulah diibaratkan
Dunia dengan kehidupan
Bermulanya di daratan
Kini menuju ke tengah lautan

Walau dicampak ke tengah lautan
Namun tetap ada pilihan
Tenggelam menyepi ibarat batu
Atau bercambah menjadi pulau

Hati-hati teman
Meniti salju kehidupan
Nan rapuh bisa cair dan runtuh
Bersama angin lalu kutitipkan harapan
Agar terus tabah hadapi cabaran

Good Year International Drift series at Putrajaya 12-13 June 2010

Gambar Pesta Belon Panas Putrajaya

Gambar yang sempat diambil di pesta belon panas putrajaya peringkat antarabangsa 2010






Karnival Evolusi KL Drift 2 @ Dataran Merdeka 20 Mac 2010





Jenis: Muzik/Seni - Persembahan
Waktu Mula: pada 20hb Mac 2010 pukul 2.00 ptg
Waktu Tamat: pada 21hb Mac 2010 pukul 11.55 pagi
Lokasi: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Keterangan
Tajaan: TOYO TIRES M'SIA
Anjuran: Burning Rubbers EM(TOYO TIRES), Persatuan Usahawan Wanita & DBKL
Sokongan: Feinto-D
Venue: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Tarikh: 20 Mac 2010
Masa: 2 p.m - lewat malam
Bayaran penonton: Percuma
Format Acara : Drift Show, Pemberian Cenderamata EKLD2 & Sesi Tandatangan Bersama Artis

Jadual :-

-Sabtu 20/3/2010

1400 - 1459 - Pameran kereta drift
- Pameran penaja filem Evolusi KL Drift 2
- Main semula trailer/pembikinan filem tersebut

1500 - 1529 - Pertunjukan drift dari Team Toyo Drift
- Main semula ‘trailer’ dan pembikinan filem tersebut

1530 - 1559 - Ketibaan jemputan dari Skop, Grand Briliance dan Artis
- Memainkan OST (lagu) rasmi Evolusi KL Drift 2
- Main semula trailer/pembikinan filem tersebut
- Pemberian Cenderamata EKLD2 dari Artis

1600 - 1659 - Pertunjukan drift dari Team Toyo Drift
- Main semula ‘trailer’ dan pembikinan filem tersebut
- Pemberian Cenderamata EKLD2 dari Artis

1700 - 1759 - Sesi tandatangan poster filem bersama Artis
- Pemberian Cenderamata EKLD2 dari Artis
- Main semula ‘trailer’ dan pembikinan filem tersebut

1800 – 1959 - Main semula ‘trailer’ dan pembikinan filem tersebut
- Ucapan dari Datuk Yusuf Haslam dan Pihak Grand Briliance
- Pemberian Cenderamata EKLD2 dari Artis
- Pertunjukan drift dari Team Toyo Drift

2000 - 2359 - Konsert

Informasi diambil daripda: http://www.sepaku.net/sepaku-automotive/21241-karnival-evolusi-kl-drift-2-@-dataran-merdeka-20-mac-2010-a.html

Putrajaya International Hot Air Balloon 2010 (18-21 March 2010)

Datanglah beramai-ramai ke pesta belon panas antarabangsa Putrajaya 2010.
Mempamirkan belon panas penyertaan daripada Poland, Belgium, Belanda, Perancis, New zealand, USA, Switzerland, Jepan, Thailand, Jerman dan Malaysia



Layari http://www.myballoonfiesta.com/itinerary.php untuk aturcara pesta dan maklumat lanjut.

Mengatasi masalah datang serentak

Hari ini ada sesuatu yang telah berlaku kepada aku. Tidak disangka hari yang disangka tenang rupanya adalah hari kelam kabut. Hari apa? Hari ini selasa 9 mac 2010. Aku ingat pada hari ini kerja aku sudah selesai tapi rupanya tidak, kenapa? sebab hendak ubah itu hendak ubah ini. Sakit leher pun ada barangkali tersalah tidur. Pagi-pagi perut terasa lapar duit pula lupa hendak dicucoh mesin automatik, masalah lagi. Berlapar la aku pada hari ini, Nanti petang pergi "cocoh".

Antara langkah-langkah mengatasi masalah datang serentak:

1. Jangan tangguh-tangguhkan kerja.
2. Jangan lengah-lengahkan masa.
3. Buat kerja yang difikirkan boleh diselesaikan dengar kadar segera dahulu.
4. Mengutamakan orang lain selain diri sendiri.
5. Tidak boros dalam berbelanja dan tidak pula terlalu kedekut.
6. Buat keputusan lahir dari diri sendiri dan dinilai daripada pandangan orang lain.
7. Perlu mengambil sarapan pagi.
8. Makan malam sebelum pukul 8 mlm.
9. Hidup jangan menipu dan perlu jujur.
10.Jangan tinggal solat.



Gambar hiasan : masjid besi putrajaya

Pesta Sukan Rakyat (Sukan Air) 2010

Datanglah beramai-ramai ke Pesta Sukan Rakyat (Sukan Air) 2010 putrajaya
masa - 6:15 PM – 7:15 PM, 6,7 March 2010. Jangan lupa bawa kamera untuk merakam kenanagn manis dan aksi-aksi yang tidak dapat dilupakan.

JOM!!!! kita kesana....

Masyarakat Sampah

Kebersihan adalah antara aspek utama dalam kesempurnaan hidup dan amalan gaya hidup sihat. Sungguh menyedihkan apabila ada segelintir masyarakat lebih mementingkan sikap malas dan pengotor dengan mengabaikan kebersihan di kawasan perumahan. Perkara ini biasanya berlaku dikawasan penduduk yang berpendapatan rendah dimana kemudahan pembersihan hanyalah ala kadar. Tetapi adakah ia salah pihak pembersih atau sikap penduduk itu sendiri?? sudah tentu penduduk mestilah memainkan peranan dalam menjaga kebersihan. Ini adalah satu contoh sikap tidak bertanggungjawab penduduk, pada sampah itu tertera mesej tidak puas hati pengguna lain terhadap si bedebah yang melakukan perbuatan terkutuk.


Gambar ini diambil dihadapan lif sebuah flat di kawasan sentul, Kuala Lumpur. Sungguh penggotor dan memalukan. Beginikah sikap warga kota dalam menuju wawasan 2020 dan rakyat berfikiran kelas pertama.



p/s ye dok mung.. yelah... sungguh kesal.
Gambar oleh Ye-Dok-Mung.blogspot.com

Jarak Antara Negeri-Negeri dalam Malaysia

Jarak dalam kilometer



Car Charge

Alat ini diperkenalkan oleh seorang rakan(lutfi) kepada tuan empunya kerata(hanafi, saga baru). Dikempenkan oleh lutfi, menurutnya alat ini boleh menjimatkan minyak dan menstabilkan kuasa kereta. Alat ini dicuba pakai semasa kami dalam perjalanan balik kampung ke Terengganu yang jaraknya lebik kurang 450 kilometer. Alat ini dipasang selepas mengisi minyak di stesen petronas menujuk ke lebuhraya karak.

Didapati alat ini dapat menjimatkan minyak petrol sehingga 20% dimana kos untuk untuk minyak hanya RM50 ( siap hantar kawan-kawan rumah ke rumah). selamat mencuba.

Kemeriahan Karnival "WOW" Putrajaya 2010

Konsert persembahan M.Nasir,Jamal Abdilah, Aizat, Ella, Misha Omar memeriahkan malam karnival wow putrajaya pada 20 Feb lepas. Persembahan Ella yang sungguh mantap memukau kira-kira 30 ribu pengunjung yang datang dari kawasan sekitar putrajaya dan warga putrajaya.

Pertandingan Auto Saloon/ Motor show mempamerkan kereta yang di "make up" dengan lampu-lampu neon dan dilengkapi dengan sound system yang mantap. Antara jenis kereta yang menyertai sepertiWaja,Kancil, Iswara, dan ain-lain kerata seprti Honda dan Mitsubishi.
Sudut yang sempat di ambil.
 Antara yang menarik adalah gerai-gerai jualan, pertunjukan drift, super bike, belon panas, dan persembahan sekolah serta pertandingan-pertandingan dan persembahan tradisional.

Carnival "Wow" Putrajaya 2010 20-21 Feb 2010

Kemuncak Karnival Wow! Putrajaya

Datang lah beramai-ramai.

BUAT julung kalinya, Perbadanan Putrajaya (PPJ) menganjurkan Konsert Karnival Wow! Putrajaya di Pentas utama, Tapak Pasar Tani, Presint 2, Putrajaya, jam 8 malam esok (Sabtu).
Konsert yang membariskan artis terkenal tanah air seperti M Nasir, Misha Omar, Aizat, Ella, Jamal Abdillah, Aishah dan Qhaud AF itu adalah detik kemuncak Karnival Wow! Putrajaya yang berlangsung selama dua hari itu. Karnival yang bertujuan menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara berkunjung ke kawasan Putrajaya yang terkenal dengan kemudahan bertaraf dunia dan keunikan reka bentuk serta keindahan landskap dan tasiknya. Pelbagai kalendar aktiviti dan program bakal dianjurkan sepanjang 2010 bermula dengan karnival itu seterusnya beberapa acara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ia juga sebahagian daripada usaha dan perancangan PPJ dalam pembangunan pelbagai kemudahan sukan, rekreasi, komersial dan pelancongan bagi menceriakan lagi suasana hidup di Putrajaya. - Harian Metro

Mata Tak Ngantuk

Hari ni hari rabu, 11 feb 2010, esok petang nak balik kampung dengan saudara hanafi. Nak tau kami naik ape balik kampung??? WLT 9114 jeng.. jeng.. kereta proton saga baru (beli kat sentul blubak lembab). Malam ni duk tgk hanafi tulis novel kat blog die.. emm.. harris pulak tido awal.. pejja tengok tv..( tv kecik ). Tadi aku baru lepas edit layout blog thegreatestpost. http://thegreatestpost.blogspot.com/ tambah sikit java script canggih sikit.. biar tak canggih pun... hehe... bye..

23 artis culas langsai hutang

23 artis culas langsai hutang

PUTRAJAYA: Kedegilan 23 artis terkenal melangsaikan hutang bukan saja mengakibatkan mereka diisytihar bankrap, malah berdepan masalah lebih serius apabila enggan berunding dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) untuk menyelesaikan kes itu.


Ada antara artis terbabit berstatus bankrap sejak 20 tahun lalu dan diperintah membayar balik hutang secara ansuran, manakala sebahagian lagi bakal menghadapi tindakan tegas apabila hanya membayar RM50 untuk beberapa bulan seperti diarahkan mahkamah sebelum melesapkan diri.

Artis terbabit antara 275 individu daripada sektor hiburan yang diisytiharkan muflis. Kebanyakan mereka dikenal pasti sebagai artis terkenal dan diisytihar bankrap kerana gagal menjelaskan hutang selepas membuat pinjaman untuk perniagaan atau membeli kenderaan.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, berkata 10 daripada artis terbabit diisytihar bankrap selepas gagal membayar pinjaman sewa beli kenderaan, pinjaman perniagaan (enam), menjadi penjamin korporat (tiga), kad kredit (dua) dan masing-masing seorang gagal melunaskan hutang pinjaman rumah serta tidak membayar cukai pendapatan.

Beliau berkata, daripada 23 selebriti tersohor itu, 12 memberi kerjasama baik, tujuh lagi ‘tenggelam timbul’ manakala empat langsung tidak nampak batang hidung, menyebabkan tindakan tegas terpaksa diambil sama seperti individu bankrap lain.

Sehubungan itu, katanya, MdI bercadang ‘melawat’ artis terbabit pada bila-bila masa selepas mereka dilihat terlalu culas, malah tidak pernah hadir berbincang dengan jabatan itu untuk merancang pembayaran semula hutang sebelum ini sehingga diisytiharkan bankrap oleh mahkamah.


Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/23artisculaslangsaihutang/Article

Aizat AJL 2009 Putrajaya waterski 2009


Time ni sebelum AJL lg.. 2009. dekat Putrajaya waterski worldcup. Nak tengok show dia?? Aku sempat rekod. enjoy.. (sori pic tak clear).


by- blog.mohdazlan.com

Misya Omar dan Cewek.




Mana lagi lawa awek kat kat depan tu atau misha omar.. hehehe.. sesaje...
Nak dimaklumkan yang aku suka ambik gambar curi.. gambar curi yang ori.. hehe..
ok tak?

Dafi Dibawah ketiak


Hahahahha... tajuk je gempak tp biase je.. tp gambar yg kat atas tu btl la gambar dafi baik punya.. hik.. hik.. biase la gambar curi.. curi tp tak dosa.. kah.. kah.. dosa ke??? Tengok je la tp aku tak ambik gambar muka sebab tebal sangat "makeup" dia.. mcm auuu.. tak sangup.. hehe.. jangan mareee....

Followers